Photobucket

Tuesday, May 12, 2009

Nasihat Buat Yang Kalah,Wasiat Buat Yang Menang

Tuan1Salam sahabat-sahabat pimpinan yang dikasihi,
Bacalah sebuah nasihat yang berguna untuk YANG MENANG dan YANG KALAH oleh Ustaz Tuan Ibrahim bin Tuan Man.

SUKA DUKA MAT

(Mesyuarat Agung Tahunan)Mesyuarat Agung Kawasan dan Dewan-Dewan baru berlalu, kini seluruh tumpuan dihalakan kepada pemilihan dalam muktamar PAS Pusat. Pelbagai cerita suka duka, tawa dan tangis didengar dalam keriuhan suasana mesra jamaah.
Itulah keindahan perjuangan Islam. Kita membina ukhuwah Islamiah dalam jamaah mengatasi kepentingan peribadi. Kemanisan perjuangan ini tentulah tidak lahir secara spontan, Bahkan ianya lahir melalui tarbiyah samada secara formal atau imformal.
Semua kita sangat sayangkan suasana ukhuwwah ini, kerana kita yang bersama dalam perjuangan di dunia mengharapkan agar Allah mengumpulkan kita dalam majlis yang diredhaiNya diakhirat.

[baca seterusnya.]

Saturday, February 28, 2009

SUATU PERINGATAN DARI USTAZ FATHI YAKAN

Seorang Mujahid Dakwah, Ustaz Fathi Yakan, yang pernah berkunjung ke Negara kita, dalam rangka menghadiri Muktamar Agung PAS tahun 1997, telah memperingatkan kita semua tentang bahaya AIDS Haraki, iaitu istilah yang menggambarkan fenomena yang telah dan sedang terjadi di sebahagian harakah Islamiah di seluruh dunia.

Ini adalah peringatan penting beliau kepada para aktivis dakwah, sejak enam belas tahun yang lalu di dalam buku beliau : Ihzaruu AIDS Al-Haraki (Berjaga-jagalah, AIDS Haraki). Wa Zakkir !! Fa inna az-Zikra tanfa`ul mu’minin.

[Baca seterusnya..]

Thursday, February 19, 2009

DAMAI

Alhamdulillah syukur ke hadrat rabbul jalil dengan limpah kurnia dapat untuk menulis blog ni lagi.Apa yang penting untuk peperiksaan ini saya ingin mengucapkan selamat menjawap peperiksaan untuk semua sahabat-sahabat.Dalam penulisan lalu pun saya ada menulis tentang peperiksaan tapi saya bukan orang yang pakar dalam motivasi untuk memberi nasihat tentang peperiksaan cuma disini kadang berkata-kata dalam hati sendirian.Perasaan gemuruh,gementar,takut untuk menduduki peperiksaan mesti ada,tapi kalau kita fikirkan itu baru peperiksaan dunia.Peperiksaan yang besar macam mana?Iaitu peperiksaan akhirat.peperiksaan dunia boleh diulang kalau tidak lulus tapi akhirat?fikir-fikirkan.

[baca seterusnya..]

Thursday, January 15, 2009

RUMPUT

Salam perjuangan,alhamdulillah pada pkul 7.15 pagi 16 jan bersamaan 19 muharam ini dapat lagi menhirup udara dan bernafas.Syukur ke hadrat Rabbul jalil memberi masa dan waktu untuk meneruskan perjuangan yang diamanahkan dalam diri ini sebagai khalifah dimuka bumi ini.Dalam hidup yang sementara ini sememangnya kita perlu tahu semua yang berlaku dalam dunia ini ada hikmah disebaliknya.Apa yang penting,bukan sekadar apa yang terjadi sahaja tapi lihatlah dari segi banyak padangan bagi kita mengetahui kebesaran Allah s.w.t.Dalam kesibukkan di atas muka bumi ini,cuba fikir dan renungkan kita sibuk dalam mengejar dunia atau akhirat?terleka dan terlalai?atau beriman dan tawaduk?

[Baca seterusnya.]

Saturday, January 10, 2009

Pilihan Hidup?

Assalamualaikum,setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi,dengan limpah kurnianya dapat dapat menghirup udara dan dapat melihat keindahan alam ciptaan Rabbul jalil ini.pecaya atau tidak kita sebagai manusia yang menumpang di muka ini semestinya wajib bersyukur atas nikmat dan limpah kunia yang telah ditetapkan kepada kita.

[Baca seterusnya.]

Sunday, January 4, 2009

JERNIH

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi Tuhan Yang Menguasai setiap sesuatu dalam dunia ni.dalam perjuangan dunia yang singkat ini,marilah kita sama-sama muasabah diri kembali dari mana kita datang dan kemana kita akan pergi selepas ini.Saya mengaku sebagai manusia biasa kadang-kadang@orang kata sokmo kita terleka walaupun sering diigatkan oleh Allah s.w.t dengan peristiwa atau keadaan sekeliling.Kadang kita cuma ambil mudah atas apa yang berlaku disekeliling kita.contohnya kematian,bencana alam,penindasan yang jadi suatu perkara biasa bagi kita.

[Baca seterusnya.]

Saturday, November 8, 2008

PERUBAHAN

Alhamdulillah,syukur ke hadrat ilahi di kurniakan kekuatan untuk saya menulis lagi dalam blog ini,salam semangat luar biasa,dengan jiwa luar biasa.Sering kita dengan perkataan 'PERUBAHAN' apa sebenarnya perubahan yang hendak dibina?.Kita cuba fikirkan secara mendalam tentang pekara ini.Suka saya ingin membawa berita yang sensasi sekarang ini peralihan kuasa besar dunia iaitu peralihan kuasa Presiden Amerika Syarikat,iaitu kuasa besar dunia.Ura-ura bahawa Obama ini memperjuangkan nasib-nasib umat islam,betulkah?Allahua'lam.

[Baca seterusnya.]