Photobucket

Tuesday, May 12, 2009

Nasihat Buat Yang Kalah,Wasiat Buat Yang Menang

Tuan1Salam sahabat-sahabat pimpinan yang dikasihi,
Bacalah sebuah nasihat yang berguna untuk YANG MENANG dan YANG KALAH oleh Ustaz Tuan Ibrahim bin Tuan Man.

SUKA DUKA MAT

(Mesyuarat Agung Tahunan)Mesyuarat Agung Kawasan dan Dewan-Dewan baru berlalu, kini seluruh tumpuan dihalakan kepada pemilihan dalam muktamar PAS Pusat. Pelbagai cerita suka duka, tawa dan tangis didengar dalam keriuhan suasana mesra jamaah.
Itulah keindahan perjuangan Islam. Kita membina ukhuwah Islamiah dalam jamaah mengatasi kepentingan peribadi. Kemanisan perjuangan ini tentulah tidak lahir secara spontan, Bahkan ianya lahir melalui tarbiyah samada secara formal atau imformal.
Semua kita sangat sayangkan suasana ukhuwwah ini, kerana kita yang bersama dalam perjuangan di dunia mengharapkan agar Allah mengumpulkan kita dalam majlis yang diredhaiNya diakhirat.

[baca seterusnya.]

No comments: